Friday, 6 May 2016

Dipecat Dari PAS: Airmata Husam Menitis Pilu.



Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa ternyata tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, ketika hatinya sedang pilu dengan peristiwa kehilangan helikopter di Sarawak, beliau tiba-tiba tidak putus menerima panggilan telefon.

"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, hari ini.

Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan bersalahan dengan perlembagaan parti.

Husam berkata, sejak menyertai PAS pada 1982 beliau seperti kebanyakan anak muda, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga.

"Pada apa yang mereka fikirkan sebuah perjuangan suci, membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.

"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.

"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun," jelasnya.

Kata Husam, beliau hanya insan kerdil.

Mengungkap sirah Nabi Muhammad, Husam berkata, jika Nabi agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itulah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha.

"Usahlah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

"Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

"Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain," katanya.

Sementara itu, Husam menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima makluman rasmi berhubung tindakan yang diambil ke atas saya.

Susulan itu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian tetap akan hadir pada mesyuarat agung PAS kawasan tersebut esok.

"Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini," katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

powertrain1648 6 May 2016 at 15:28  

Bab sengaja langgar perlembagaan dialihkan dgn kisah2 khalifah utk meraih simpati...croc tears

tok janggut 6 May 2016 at 16:36  

Parti yg sesuai untuk kaki angguk je..parti yg x boleh di tegur pemimpinnya..

mansor 6 May 2016 at 18:10  

Walaon maduk oertahan ULAMOK...pun pakai mercedes rakyat jlepek lapar...islam lah tu.. pru 14 goodbye. Lah retorik...

Che Azemin Mahmud 6 May 2016 at 18:12  

Husam adun pas, mng atas tikit pas tapi dah bertahun2 dok hantam presiden pas....y?

Now bersama ngan chedet pupa nsk jatuhkan dsn sambil dok nyidir presiden pas... sindirin itu dibuat setelah ade berita melalui masscomm malaysia pe2 hal presiden... bila pula husam bole ambil suratkhabar n masscomm malaysia sebagai rujukan... kan dlm ceramah2nya sebelum ini, beliau selalu nasihatkan ahli agar jgn percaya ke masscomm mesia kerana masscomm mesia mmg nak jatuhkan pas sokmo....

Now dok ngan che det, tujuan chedet nak selamatkan umno tapi tujuan husam nak tolak umno.... then nape gitu? Goodby n goodluck husam...
Let undi selain bn@umno

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP