Wednesday, 18 May 2016

Guru mati ketika nyanyi lagu kesukaan arwah isteri di Hari Guru

Norilhal Ali Ilhal, di sisi isterinya, rebah semasa menyanyikan ‘Cinta Kristal’ pada sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak semalam. ― Foto ihsan Facebook/Nur Insyirah

Kerana terlalu rindukan isteri yang baru meninggal dunia, seorang guru sanggup mendendangkan lagu kegemaran arwah, Cinta Kristal, nyanyian Rahim Maarof.

Ketika asyik menyanyi, Norilhal Ali Ilhal rebah lalu meninggal dunia semasa membuat persembahan sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak semalam.

Allahyarham, selalunya enggan mengadakan persembahan di khalayak ramai, disahkan mati semasa dibawa ke klinik berdekatan, lapor portal Sinar Harian hari ini.

Lagu dengan bait terakhir “bawaku pulang” dilapor kegemaran isterinya yang meninggal dunia sebulan lalu.

Seorang guru di sekolah itu, yang enggan dikenali, berkata Norilhal sangat menyayangi isterinya.

“Semalam saya melihat cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru.

“Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka,” katanya, yang rapat dengan allahyarham, kepada akhbar itu.

“Paling mengejutkan apabila beliau menawarkan diri membuat persembahan penutup untuk menyanyi di hadapan murid-murid dan cikgu-cikgu yang lain kerana beliau tidak suka untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai.”

Anak sulungnya Mohamad Azizul Hakim Norilhal, 25, juga mengesahkan keganjilan bapanya.

“Ayah kalau disuruh menyanyi dia mesti tidak mahu menyanyi. Namun, saya tidak sangka ayah menyanyi di hadapan khalayak ramai dan menyanyikan lagu kegemaran ibu saya,” katanya.

“Ayah terlalu rindukan ibu dan persembahannya itu merupakan luahan rindu ayah kepada ibu dan sekarang ibu dan ayah telah meninggalkan kami enam beradik.”

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 9.30 malam tadi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

suhayla abd 18 May 2016 at 02:43  

Sebab tu budak2 melayu suka menyanyi, cikgu pon ramai bernyanyi-nyanyi. Tu x kira yg suka karayuki lagi....
Pegawai kerajaan pulak asyik senamrobik tayang punggung... kita ni umat Islam, baik la sujud ke hadrat Tuhan dan cikgu2 kerja korang bagi ilmu dan tunjuk akhlak baik.. nak menyanyi pergi mogadishu...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP