Saturday, 28 May 2016

Hadi Kecam DAP Tetapi Puji MCA Dan MIC



Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa kecewanya terhadap DAP apabila parti itu bertindak mengkritik rang undang-undang persendirian yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang itu mendakwa MCA dan MIC - dua parti komponen BN yang didominasi bukan Islam - lebih faham akan undang-undang tersebut.

Ini kerana, tegas presiden PAS itu apa yang dibentangkannya bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah Kelantan.

"Sepatutnya orang bukan Islam tidak campur tangan dalam urusan (rang undang-undang) ini. Saya lihat MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. AMANAH (Parti Amanah Negara) yang ditubuh dengan begitu rupa tidak tahu sempadan orang Islam.

"Ini bukan permainan politik, ini tanggungjawab agama," kata Hadi dalam sidang media selepas mengumumkan calon pilihan raya kecil Sungai Besar di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar, Selangor, malam tadi.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas apakah PAS akan menggunakan isu rang undang-undang dibawanya ke Parlimen sebagai kempen untuk memenangkan parti berkenaan itu.

Rang undang-undang persendirian Hadi bertujuan untuk meminda Akta 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah Kelantan.

Dalam satu langkah yang luar biasa di Parlimen kelmarin, kerajaan mempercepatkan usul rang undang-undang itu walaupun ia disenaraikan sebagai perkara terakhir di atas kertas aturan Dewan Rakyat.

Ini mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yangmembidas langkah itu.

Mengulas lanjut, Hadi berkata tindakan DAP menentang rang undang-undang persendirian itu kerana parti berkenaan mempunyai agenda untuk memburukkan Islam.

“Sebenarnya kita sudah pun mengadakan dialog dengan DAP sejak tahun 1993.

"Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam dan kebimbangan sekiranya jika dilaksanakan ia akan mendapat respon positif daripada bukan Islam dan ini sebenarnya menakutkan DAP," jelasnya.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP