Thursday 12 May 2016

IGP Mengadap TMJ Pagi Tadi, Isu SB Selesai



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengadap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, pagi tadi.

Pertemuan tersebut diadakan ekoran dakwaan Tunku Ismail bahawa telefon miliknya dicuri dengar dan segala pergerakannya dipantau oleh anggota polis cawangan khas (SB).

Bercakap kepadaMalaysiakini, Khalid berkata, semua itu adalah tidak lebih daripada salah faham.

“Saya telah mengadap Tunku Ismail. Ia adalah salah faham, isu tersebut telah diselesaikan,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Khalid tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Isu tersebut telah selesai, perkara itu telah diperjelaskan kepada Tunku Ismail,” ujarnya.

Turut mengiringi Khalid ialah Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Semalam, Tunku Ismail mendakwa beliau dan ayahandanya dipantau SB dalam kenyataan yang dibuat melalui akaun Johor Southern Tigers.

Tanpa mengetahui alasan di sebalik tindakan itu, Tunku Ismail berkata, beliau juta tidak faham mengapa polis juga "perlukan fail" mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman.

"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," katanya melalui kemas kini di Facebook.

Menafikan sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, Tunku Ismail berkata beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor.

"Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia," jelasnya dalam nada sinis.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP