Friday, 27 May 2016

Isu arahan latihan tepuk tangan, Jabatan Pendidikan Terengganu beri penjelasan

Shafruddin Ali Hussin memaklumkan arahan itu selaras dengan slogan memperkasakan transformasi pendidikan.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Terengganu tampil memberi penjelasan berhubung arahan latihan tepuk tangan kepada guru dan pelajar yang menjadi viral di media sosial.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin memaklumkan arahan itu selaras dengan slogan memperkasakan transformasi pendidikan.

Antara perkara yang terkandung di dalam transformasi pendidikan tersebut termasuk memperkasakan budaya menghormati.

"Di bawah elemen ini, kami memperkenalkan budaya salam, budaya berterima kasih, budaya memberi penghargaan kepada sesiapa yang memberi sesuatu kepada kita dengan memberi tepukan.

"Apa yang saya minta cikgu lakukan hanya satu permintaan dalam kumpulan tertutup antara saya, pengetua dan guru besar. Permintaan untuk bertepuk tangan merupakan satu cara menceriakan sesuatu majlis rasmi.

"Saya amat kagum dengan apa yang berlaku di Terengganu kerana sekolah terus mengaplikasikan kepada murid."

Isu ini timbul apabila arahan Shafruddin melalui aplikasi WhatsApp meminta guru besar dan pengetua mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam kenyataan kepada sebuah portal berita memaklumkan arahan latihan tepuk tangan itu hanya satu gurauan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

11 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 27 May 2016 at 02:49  

Jgn nak bodoh kan org la fudin.
Lu nak cover lu punya bodek..tapi cikgu2 blh baca la...mana ada sblm ni pelakuan membudakkan cikgu2 mcm tu. Itu hanya selepas arahan lawak bodoh EmB.

Rod 27 May 2016 at 08:05  

Nk bodekpun jgnlh sampai nk cuba bodohkn CIKGu. Nk budayakn konon!!

xairlinepilot 27 May 2016 at 08:55  

Mari kita tepuk ramai2....

Tepuk kepala shafrudin...

Bangang

Ahmad Sahar 27 May 2016 at 09:08  

Itu bukan transformasi. Itu arahan bangang namabya

Ahmad Sahar 27 May 2016 at 09:10  

Itu bukan transformasi. Itu arahan bangang namabya

mr roslan 27 May 2016 at 12:51  

Bertepuk tangan termasuk perbuatan jahiliyah. Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

“Tidaklah shalat mereka (orang Jahiliyah) di sisi Ka’bah melainkan dengan ‘muka-an’ dan ’tashdiyatan’.” (QS. Al Anfal : 35)
Syaikh Abdurrahman As Si’di menuturkan, “Yang dimaksud ‘muka-an’ dan’tashdiyatan’ pada ayat ini ialah bersiul dan bertepuk tangan. Kedua perbuatan ini merupakan perbuatan yang teramat jahil…” (Taisir Karimir Rahman, Syaikh Abdurrahman As-Si’di).

azman kamarul 27 May 2016 at 13:19  

Ramai yg naik jadi pegawai sekarang Ni Dah terlajak cerdik

Koperasi Prihatin Kedah Berhad 27 May 2016 at 13:20  

Apabila cikgu-cikgu diperbodoh oleh golongan penjilat-penjilat, semakin terserlahlah kebodohan para penjilat. Sekarang menjilat lebih penting dari ilmu yang bermanafaat.

mr roslan 27 May 2016 at 14:02  

Bertepuk tangan termasuk perbuatan jahiliyah. Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

“Tidaklah shalat mereka (orang Jahiliyah) di sisi Ka’bah melainkan dengan ‘muka-an’ dan ’tashdiyatan’.” (QS. Al Anfal : 35)
Syaikh Abdurrahman As Si’di menuturkan, “Yang dimaksud ‘muka-an’ dan’tashdiyatan’ pada ayat ini ialah bersiul dan bertepuk tangan. Kedua perbuatan ini merupakan perbuatan yang teramat jahil…” (Taisir Karimir Rahman, Syaikh Abdurrahman As-Si’di).

mansor 27 May 2016 at 14:49  

Bsngang dan tolol punya pemsjsn dedak yatsf pengarah pendidikan tetengganu.
.padanla ranking pendidikan malaydia jatuh .
Pengarahnya bNgang

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP