Friday 13 May 2016

Jamal Terdesak Nak Jadi Wakil Rakyat



PETALING JAYA: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyahut cabaran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk bersaing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, jika dipilih oleh DAP dan Pakatan Harapan.

“Saya melihat cabaran beliau sekadar gimik politik untuk meraih publisiti kerana beliau tiada kuasa atau hak untuk menentukan siapa yang akan bertanding di Sungai Besar,” katanya yang dipetik Malaysiakini hari ini.

Semalam, Jamal dilaporkan sebagai berkata, beliau akan mengesyorkan dirinya untuk bertanding pada PRK Sungai Besar, jika DAP menurunkan Suee Lim pada PRK itu nanti, supaya seteru politik itu dapat bersaing secara terbuka.

Jamal berkata, beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk bertanding pada PRK itu, tetapi lain ceritanya jika Suee Lim diturunkan.

“Beliau kata beliau begitu hebat dan disokong ramai, jadi marilah bertanding, saya boleh bersaing dengannya secara terbuka,” katanya semalam.

Jamal berkata, UMNO Bahagian Sungai Besar telah menyerahkan senarai tujuh calon kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor pada April 2014 dan tujuh calon itu juga merupakan calon yang disyorkan pihaknya untuk PRK kali ini.

Jelasnya, beliau akan menghormati keputusan parti, jika tujuh calon itu tidak terpilih.

“Senarai tujuh calon itu turut meliputi wakil daripada pergerakan UMNO Wanita,” katanya.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal diadakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkoban dalam nahas helikopter minggu lalu.

-FMT

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP