Thursday, 26 May 2016

Lelaki Dakwa Jual 900,000 Nama Untuk Deklarasi Rakyat



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tampil mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

Lelaki itu, Azharuddin Othman @ Abdullah, hari ini dibawa ke depan oleh aktivis PKR yang juga penentang Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).

Azharuddin menunjukkan salinan akuan berkanun yang mendakwa didatangi oleh seorang wanita yang menggunakan nama samaran “Ratu Naga” di Facebook.

Azharuddin mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.

Selainnya adalah nama daripada pangkalan data pilihan raya yang digunakannya dalam kerjanya dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya sebagai pengaturcara komputer separuh masa.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad).

“Beliau sedia maklum bahawa saya mempunyai pangkalan data yang mengandungi maklumat jutaan rakyat Malaysia yang boleh disesuaikan untuk pelbagai tujuan,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Lembah Pantai hari ini.

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu Mahathir tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu.

Bagaimanapun, Azharuddin berkata dia hanya dibayar RM1,000 bulan lalu. Beliau juga mengatakan mempunyai salinan komunikasi WhatsApp dengan Ratu Naga.

Azharuddin, yang berasal daripada Terengganu, menghentikan pendedahan setakat ini dan membuka ruang kepada Chegubard untuk mengemudi sidang media.

Chegubard berjanji akan meneruskan pendedahan ini tidak lama lagi.

“Kita dedahkan banyak ini dahulu. Kita tunggu respon daripada mereka (penyokong pro-Deklarasi).”


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

5 comments:

cikmatgelap 26 May 2016 at 18:20  

wakakakah....hong jabal hong.....bila ckp sekarang ramai betul raja pembohong....betul ke tu...org klu dah tak suka,mcm2 cerita timbul

you.me77 26 May 2016 at 21:04  

Kenapa ratu naga. Kalau berani kasi nama lengkap lepas tu report polis akan penipuan ini....mudah saja kan nak selesaikan kalau tidak akal tak kan percaya ratu naga lah, ratu mustika ke...eh apadah tu jamu dah...eh bolih buat lawak pulok dia. Betul tuu Macam2 timbul..

you.me77 26 May 2016 at 21:06  

Kenapa ratu naga. Kalau berani kasi nama lengkap lepas tu report polis akan penipuan ini....mudah saja kan nak selesaikan kalau tidak akal tak kan percaya ratu naga lah, ratu mustika ke...eh apadah tu jamu dah...eh bolih buat lawak pulok dia. Betul tuu Macam2 timbul..

Cik Minah 26 May 2016 at 21:15  

Dia buat pendedahan press conference, berapa agaknya
dia dibayar.............?????

Arouse Mah 27 May 2016 at 07:38  

Yang kamu jual database tu kenape? at first place....kamu dulu yg buat kerja haram, kerja jahat....bila tak dapat duit, kamu tuduh orang jahat. BINAWE.

Kedua, kalau dah janji rm5000, tapi tak beri banyak tu, kenapa serahkan database tu, apa bukti kamu tak terima duit tu.....ada resit ke?

kalau berani saman le...apa tunggu

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP