Friday, 6 May 2016

NASRUDIN HASSAN: SEDIH SAYA MELIHAT KOMEN SEPERTI TIDAK BERHATI NURANI



(Perak Today) – Setiap manusia perlu mendoakan keselamatan mangsa sekiranya mendapat sebarang berita yang tidak diingini seperti kejadian kehilangan helikopter, kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Menurut Nasrudin, beliau merasa sedih apabila melihat ada pihak yang bergembira ketika berlakunya kejadian sedemikian hanya disebabkan mangsa kejadian adalah merupakan musuh politik mereka.

“Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Ada yang mula menghitung hari untuk pilihanraya kecil.

“Susahkan anda mahu doakan keselamatan mereka dan memberi semangat kepada ahli keluarga mereka ?”soalnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial Facebook hari ini.

Semalam, pesawat jenis Eurocopter AS350 yang membawa enam orang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Penumpang lain yang berada dalam helikopter terbabit ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

11 comments:

nur fatin 6 May 2016 at 19:20  

Nasrudin, apa yg terjadi kpd ahli2 pas yg jujur, ikhlas dan amanah bila difitnah, di tendang ekoran dari niat ikhlas mereka, lagi sedih ibarat kehilangan kematian yg tidak bernisan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

nur fatin 6 May 2016 at 19:20  

Nasrudin, apa yg terjadi kpd ahli2 pas yg jujur, ikhlas dan amanah bila difitnah, di tendang ekoran dari niat ikhlas mereka, lagi sedih ibarat kehilangan kematian yg tidak bernisan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

lelaki dicermin 6 May 2016 at 19:31  

Ulamak pas...sumpah laknat atas pentas di benarkan dlm parti pas.. kalau belasah kwn cium mulut pas di internet tak boleh.. nak je aku ckp filem porno je

Cik Minah 6 May 2016 at 20:45  

Tetiba hilang maki hamun, carot marut, jadi
orang yang berbudi bahasa pulak!!!

mansor 6 May 2016 at 21:57  

Inilah harga bila jadi tak adil pd rakyat...pemimpin yg menyebabkan rakyat meluat...

M.N.Hasnal Bakiyah 6 May 2016 at 23:11  

Lebai Din.
PRK..gov..dibubar
Mereka2 blh plk guna kemudahan kerajaan.
Tak salah ka.
Mereka bkn ckp mengenai keluarga si mati. Ada faham ka bahasa msia.
Patutpun PAS teruk skrg ni...tak faham bahasa.

Suparman 7 May 2016 at 05:04  

Itulah yg ada dalam otak rakyat Malaysia menunjukkan tahap kebencian kepada BN dan Najib

Prof 7 May 2016 at 05:05  

Lebai BLUE.....barang jerman

Lenkong ais 7 May 2016 at 07:25  

Din vellfire, PIS ni kawen je la ngan umporno...jgn hipokrit.

Lenkong ais 7 May 2016 at 07:26  

Din vellfire, PIS ni kawen je la ngan umporno...jgn hipokrit.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP