Saturday 14 May 2016

Nazri Akan Teruskan Usul Pecat Muhyiddin Dan Mukhriz

Mohamed Nazri (tengah) meneliti hasil kraftangan yang dihasilkan dari kayu di sebuah kedai kraftangan ketika melakukan lawatan rasmi ke Pasar Seni, semalam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan beliau akan tetap membawa usul supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno akan datang.

Beliau sebelum ini pernah beberapa kali berkata akan mengemukakan cadangan usul pemecatan itu berikutan pembabitan pemimpin Umno itu dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan menjatuhkan perdana menteri dan Presiden Umno.

“Saya tunggu sahaja pengumuman tarikh bila mesyuarat diadakan. Saya akan usulkan,” ujarnya.

Sebelum ini, beliau pernah menyifatkan tindakan Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah bersekongkol dengan parti pembangkang sedangkan mereka masih ahli Umno sebagai melanggar prinsip parti.

Mohamed Nazri turut mempertikaikan pihak media yang mempersoalkan isu beliau mahu bertumbuk dengan Mukhriz.

“Soal bertumbuk itu, anda perlu faham betul-betul. Bila Mahathir kata orang macam saya makan dedak, anda semua faham. Tapi kenapa bila saya ajak bertumbuk, anda interpretasi secara literal? Takkanlah saya nak bertumbuk dengan orang tua. Bila saya kata saya tak ada masalah, nak bertumbuk pun bertumbuklah, kenapa maksud ayat saya itu diambil secara literal?

“Orang yang membicarakan perkara ini, intelek mereka adalah rendah. Malangnya, blogger Melayu dan wartawan Melayu, tahap intelektual mereka adalah sangat rendah. Itulah masalahnya. Bila kita kata nak bertumbuk, bertumbuklah, maksud saya, kita lawanlah,” katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP