Friday, 13 May 2016

Nik Abduh: PAS akan buat kejutan di Sg Besar, Kuala Kangsar



Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata parti Islam itu akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kita yakin kita boleh buat kejutan di PRK ini, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS malam tadi.

Bagaimanapun Nik Abduh ketika ditanya apakah bentuk kejutan itu berkata “Cukup, tunggu mesyuarat akan datang di sini”.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih satu jam itu, Nik Abduh berkata pihaknya hanya membincangkan mengenai jentera di dalam kedua-dua PRK itu.

“Malam ni mesyuarat pertama tak banyak keputusan tapi lebih kepada susun jentera di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Mesyuarat tak bincang calon cuma tak dibaca (dalam mesyuarat) kali ni, (mungkin) akan ada dalam mesyuarat lain,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya,Datuk Noriah Kasnon dan di Kerusi Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala keputusan PAS mengenai PRK bergantung kepada sidang media dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

“Kita tidak bincang calon malam ini, semuanya kita tunggu SPR esok (hari ini)."

Takiyuddin berkata, dalam mesyuarat malam tadi juga pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa bagi membuat post mortem kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah.

Dalam PRN 11, PAS kalah di semua 11 kerusi yang ditandinginya di Sarawak.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

7 comments:

pendita muda 13 May 2016 at 09:06  

Rasanya bukan lah membuat kejutan di PRK Sunagi Besar dan Kuala Kangsar yg dikatakan si Mamat Hingusan ni, Malah akan terkejut yg amat sangat dari keputusanya nanti,.ABU

Khaliquzzama abdul rauff 13 May 2016 at 09:57  

Ya, akan buat satu kejutan bodoh.

Badrol Hisham Zahar 13 May 2016 at 11:04  

Bukan kejutan......tapi terkrjut

wmr 13 May 2016 at 20:00  

Kejutan kalah teruk!!

wmr 13 May 2016 at 20:11  

Kejutan kalah teruk!

Hidup Najib! 14 May 2016 at 08:57  

Boleh menang ke dgn siku dan lutut..low class

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP