Monday 9 May 2016

Pakatan Harapan Intai Kerusi Parlimen Sungai Besar



Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada pilihan raya kecil, kerusi parlimen Sungai Besar, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"(Kita akan) bincang dan berbincang," katanya ketika ditanya sama ada Harapan akan bertanding di kerusi yang secara tradisinya milik PAS atau akan menurunkan calon mereka untuk berdepan dengan bekas rakan seperjuangan mereka.

Beliau juga menjangkakan bahawa pilihan raya kecil itu akan diadakan sebelum bulan Ramadan atau semasa bulan puasa.

"Mereka perlu menjalankan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari, dan 60 hari (akan berakhir) pada 2 atau 3 (Julai).

"Saya tidak fikir mereka akan adakan pilihan raya kecil pada Hari Raya. Jadi, ia sudah pasti di bulan puasa atau sebelum bulan puasa yang akan bermula pada 6 Jun," katanya.

"Tetapi dalam apa jua keadaan, kita perlu bersiap-sedia," kata Azmin yang juga adalah Menteri Besar Selangor.

Azmin, sebelum ini mempelawa PAS untuk bersamanya dan DAP sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan kekalahan terus pembangkang semasa pilihan raya negeri Sarawak.

Azmin dalam satu kenyataan berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk itu kelmarin yang jelas menunjukkan rakyat negeri berkenaan menolak pertelingkahan sesama mereka.

Oleh itu, bagi memastikan hasrat pakatan pembangkang untuk merubah masa depan Malaysia, PKR mengajak PAS untuk kembali bersamanya dan DAP.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP