Thursday 19 May 2016

Pesawat EgyptAir dari Paris tiba-tiba hilang daripada radar

Sebuah pesawat Airbus A320 milik EgyptAir di Lapangan Terbang Larnaca, Cyprus, 29 Mac 2016. — Foto Reuters


KAHERAH, 19 Mei — Syarikat penerbangan Mesir, EgyptAir mendedahkan bahawa sebuah pesawatnya dari Paris, Perancis ke Kaherah tidak dapat dikesan radar sejurus sebelum memasuki ruang udara tempatan, lapor agensi Reuters.

“Sumber rasmi di EgyptAir memaklumkan bahawa penerbangan MS804 yang berlepas dari Paris pada 11.09 malam, menuju Kaherah hilang daripada radar,” kata syarikat tersebut di laman Twitternya.

Menurut portal CNN, terdapat 59 penumpang dan 10 anak kapal dalam penerbangan itu.


Satu coretan Twitter lain oleh EgyptAir memaklumkan bahawa pesawat itu terbang setinggi 11,280m dan hilang 130km sebelum memasuki ruang udara Mesir.

Menurut laman web flightradar24.com, pesawat tersebut ialah sebuah Airbus A320 dan dilihat buat kali terakhir di atas Laut Mediterranean.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP