Wednesday 4 May 2016

Polis Johor Buru Pemandu Singapura Yang Kurang Ajar Ini



Polis siasat viral pemandu samseng

JOHOR BAHRU: "Kalau nak repot polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya, apa u orang boleh buat sebab tiada kesan langgar pada kenderaan dan tiada bukti langgar, u ingat I tak tau law," kata pemandu kereta yang menjadi viral di media sosial Facebook (FB) selepas dikatakan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Susulan video viral, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan selepas turut menerima laporan saksi yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Johor, Superintendan Baharudin Mat Taib, turut menafikan polis mempunyai sebarang kaitan dengan suspek, malah akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan lalu lintas.

"Polis ingin menegaskan di sini bahawa walaupun (lelaki itu) tidak terbabit dalam kemalangan, cara pemanduan yang melulu dan berbahaya boleh disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis tidak mempunyai sebarang kaitan (dengan lelaki terbabit) dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharudin berkata, semakan menerusi Sistem Cops mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman yang belum dijelaskan termasuk 12 saman berkaitan kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Beliau turut meminta lelaki terbabit supaya tampil memberi keterangan bagi memudahkan polis menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Selain itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi IPK Johor di 07-2212999 atau FB Polis Johor.

Sumber@Berita Harian
#PDRMJOHOR



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP