Friday, 20 May 2016

PRK Kuala Kangsar: PAS Minta Amanah 'Cermin Diri' Sebelum Tanding



IPOH: PAS Perak mengakui sukar untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pesuruhjaya negeri Razman Zakaria berkata kesukaran akan timbul apabila Parti Amanah Negara (Amanah) yang terdiri daripada bekas anggota PAS turut bertanding di PRK itu.

"Kalau tiga penjuru ia akan lebih sukar kerana Amanah akan mengambil pengundi daripada blok pembangkang dulu," katanya dalam sidang media mengenai PRK Kuala Kangsar di sini Khamis.

Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.

"Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.

"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.

Razman menegaskan PAS tidak sama sekali akan memberi laluan percuma kepada Amanah untuk bertanding dalam PRK Kuala Kangsar walaupun terdapat desakan daripada pihak tertentu agar ia berbuat demikian.

Tambah Razman, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan calon parti itu bagi PRK Kuala Kangsar pada 28 Mei.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam insiden itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

6 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 20 May 2016 at 17:58  

Jgn bg undi pada PAS.
Parti politik yg tak da matlamat.
Parti otak udang

Rupa Tanpa Wajah Wajah 20 May 2016 at 19:06  

Pas pun cermin diri gak,brtnding pun atas tiket pr masa tu,jika tgok balik rekod pas kalah dgn mjoriti besar sblum tu.

Hidup Najib! 21 May 2016 at 06:38  

Laa itu hari ckp Amanah parti nyamuk,picisan,bakal bungkus dlm 2 tahun,takda penyokong...la ni dah lain lak bunyinye...kesian penyokong2 pas..korang tak bulh pikir ke?Diorang gunakan Islam untuk kudakan korang..kesian

Arouse Mah 21 May 2016 at 15:02  

parti tok lebai putar alam, otak simpan lutut

Pejuang Demokrasi 21 May 2016 at 20:22  

Jangan emosi undi itu hak individu. Tunggu fakta untuk menghilangkan rungsing anda

pendita muda 21 May 2016 at 20:39  

Tak payah lah bagi undi kat Pas, semua Pemimpin nak bercakap dah tu Tak ada pennyamaan pulak, semua tu buat mengelirukan Rakyat ,. Mesti di fahami , bahawa Pas tu Bukan ISLAM, Pas adalah sebuah party politik sama macam party2 politik yg lain yg sah pertubuhanya mengikut undang2 Malaysia,.cuma pembawaanya bertopeng kan ISLAM, bila tersepit mula lah keluarkan berbagai dalil, semua tu sekadar untuk melepaskan sesak je,.aku adalah ABU, tidak akan mengundi Pas,...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP