Saturday, 7 May 2016

PRN SARAWAK: PAS Kalah Semua Kerusi



KUCHING: PAS sekali lagi gagal melahirkan wakil rakyat pertamanya menerusi pilihan raya Sarawak ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, parti Islam itu gagal memenangi mana-mana kerusi daripada 11 kawasan yang ditandinginya.

"Keputusan tidak rasmi yang boleh dipercayai. Semua kerusi kalah.

"PAS menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi," katanya.

Bagi kerusi N29 Benting Maro, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS, Hamidah Mokhtar mendapat 3,052 undi sementara wakil BN, Razaili Gapor mendapat 4,750 undi.

Razaili daripada PBB menang dengan majoriti 1,698 undi.

Sementara itu, seorang lagi calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Andri Zulkarnean Hamden hanya mendapat 100 undi.

- mstar

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

11 comments:

wanmohd endut 7 May 2016 at 21:14  

Tak mengapa lh kalah tu. Lagi pun pesakit mental dalam PAS pernah berkata PAS bertanding PRU bkn untuk menang bukan untuk tawan Putra Jaya. Hemmm seksa kita memikirkan kata kata orang sakit mental ni ksn???

wanmohd endut 7 May 2016 at 21:14  

Tak mengapa lh kalah tu. Lagi pun pesakit mental dalam PAS pernah berkata PAS bertanding PRU bkn untuk menang bukan untuk tawan Putra Jaya. Hemmm seksa kita memikirkan kata kata orang sakit mental ni ksn???

tanya sama itu hud hud 7 May 2016 at 21:38  

Tu pun ada hati nak betanding semua kerusi..kahkahkah
Bertanding telan pil kuda boleh laa

usop ali 7 May 2016 at 22:38  

betul tu....buka sekolah pondok lagi baik..kacau daun jer...

Ustaz Redzuan 7 May 2016 at 23:27  

Jadilah orang yang degil,biarlah kalah sejuta kali namun berhenti tidak sekali.Terus dan buat saja...Inilah istiqamah yang dimaksudkan.Selagi belum mati selagi itulah terus berjuang.

M.N.Hasnal Bakiyah 8 May 2016 at 02:49  

Pas kalah ka..menang ka..tak da makna bg aku..
Buang masa dan undi aku ja yg lepas2

Hidup Najib! 8 May 2016 at 07:13  

Apa ada hal..hilang deposit pun takpa..diorang bertanding bukan untuk menang pun..lebih baik jd NGO

nordin Abu Bakar 8 May 2016 at 09:35  

Komen kawan2 semua memang betul. Itu la pas yg dipimpin kaki tuang presiden. Nk jd penasihat 2.6 jer baik tk yah bertanding. Hampehh punya parti

mansor 8 May 2016 at 14:01  

Jadilah orang bijak...setiap langkah penuh strategi...bukan degil membuta tuli..
Ustaz ke ni...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP