Friday, 27 May 2016

Ratu Naga Buat Sumpah Laknat Junjung Al-Quran



Seorang wanita yang didakwa menipu dalam 'jualan' pangkalan data nama untuk Deklarasi Rakyat tampil menyifatkan apa yang berlaku sebagai “perang psikologi bodoh”

Syarul Ema Rena Abu Samah, yang dikenali sebagai Ratu Naga di alam maya, bersumpah tidak kenal jurutera Azharuddin Othman, yang membuat dakwaan itu.

“Saya tak kenal budak itu (Azharuddin). Saya cuma kenal Chegubard,” katanya.

Azharuddin mendakwa beliau dijanjikan bayaran RM5,000 untuk menjual pangkalan data 900,000 nama tetapi hanya mendapat RM1,000.

Turut hadir dalam sidang media Azharuddin itu ialah anggota lantang PKR yang digantung keanggotaan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

“Kalau saya bohong saya akan dilaknat,” katanya yang membuat sumpah laknat dalam sidang media di Kuala Lumpur sambil menjunjung al-Quran.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Cik Minah 27 May 2016 at 18:37  

Kesian mamat Azharuddin ni.
Buat akaun Bersumpah, mengaku melakukan JENAYAH
menyalahgunakan Data peribadi 900 ribu orang,
dijual kepada RATU NAGA di alam maya.
Perkara ini sungguh membahayakan.
Dia boleh jual pengkalan Data maklumat peribadi
kita kepada penjenayah licik.
Dengan pengakuan bersumpahnya, mengaku DIA YANG
MENJUAL DATA 900 RIBU ORANG ini, polis patut
menangkapnya kerana dia membahyakan orang ramai.
Ini bukan perkara main-main takat awak pitnah saya,
saya fitnah awak.
Ini melibatkan KESELAMATAN ORANG RAMAI.

xairlinepilot 27 May 2016 at 22:49  

Jibby ada berani by sumpah laknat? Junjung Al Quran?

Junjung gambar badak Mah dia brani la...

Hasra Raj 28 May 2016 at 06:15  

Mana nak ambil tindakan mulut dah d sumbat,lidah dah diubahsuai dah tukar memori ....

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP