Saturday 7 May 2016

Satu Lagi Mayat Mangsa Nahas Helikopter Ditemui Pagi Ini



SRI AMAN: Pasukan penyelamat pada pagi ini telah berjaya menemui seorang mayat mangsa nahas helikopter di kawasan hilir Sungai Batang Lupar kira-kira 10km dari pos kawalan Lingga, di sini pagi ini, lapor Berita Harian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini pihak bomba masih berusaha membawa keluar mangsa kedua ini ke jeti berhampiran.

Menurut beliau, pihak bomba akan memaklumkan perkembangan penemuan mangsa nahas dan operasi mencari mangsa yang lain dari semasa ke semasa di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman.

Mangsa ditemui pada kira-kira jam 8.30 pagi masih belum dapat disahkan identiti.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP