Tuesday 10 May 2016

Video viral ‘warden pijak pelajar’ benar, polis sedang siasat

Seorang guru kelihatan melakukan sesuatu kepada pelajar dalam video yang tidak begitu jelas. Guru lelaki ini didakwa memijaknya tetapi tidak kelihatan. — Paparan skrin Facebook/ Malaysian Crime Watch


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Polis mengesahkan rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden di sebuah sekolah vokasional di Sungai Buloh yang tersebar menjadi viral di media sosial adalah benar.

Timbalan ketua polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

"Polis menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah terbabit di ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh pada 10.25 pagi semalam," katanya dalam kenyataan di sini.

Abd Rahim berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 5.30 petang Khamis lepas di asrama Kolej Vokasional Sungai Buloh dan video kejadian yang dirakam mula tersebar di laman media sosial petang Ahad.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Video berdurasi seminit 10 saat yang merakamkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh seorang warden tersebar di laman media sosial. — Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP