Monday 2 May 2016

Walaupun Sudah Tulis Surat Nurul Izzah Tetap Dilarang Masuk Sarawak



Walaupun selepas menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar terus dilarang memasuki Sarawak.

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan ahli parlimen Lembah Pantai itu dilarang memasuki negeri tersebut sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Miri pagi ini.

Dalam tweet beliau, Nurul menyatakan rasa terkejut kerana dihantar pulang walaupun selepas menghantar surat kepada ketua menteri Jumaat lalu.

“Salah guna kuasa sewenang-wenangnya yang berterusan oleh negeri,” kata Nurul dalam tweetnya, dengan disertakan gambar notis sekatan kemasukannya.

Nurul pertama kali dilarang masuk ke Sarawak pada bulan Disember tahun lalu. Ini adalah susulan kepada undi oleh dewan undangan negeri Sabah yang mengharamkan Nurul menjejakkan kaki ke bumi di bawah bayu itu selepas beliau bergambar dengan Jacel Kiram.

Namun, Adenan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan Nurul dan ibunya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk masuk jika mereka meminta secara baik.

Wan Azizah dibenarkan masuk ke Sarawak ketika tiba di lapangan terbang Sibu semalam, walaupun lawatan beliau itu dihadkan sehingga 5 Mei sahaja.

Lebih 40 pemimpin pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah diharamkan memasuki Sarawak, buat masa ini.

Kerajaan negeri melaksanakan autonomi imigesen sebagai sebahagian perjanjian Malaysia 1963.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP