Wednesday 22 June 2016

Azalina Datang Jumpa Mahu Saya Terangkan Isu 1MDB – Rafizi



PETALING JAYA : Datuk Seri Azalina Othman Said menunjukkan wajah berbeza berhubung isu 1MDB sebelum dan selepas menjadi menteri, dakwa Setiausaha Agung PKR.

Rafizi Ramli melalui catatan di Facebook mendedahkan Azalina sebelum menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang berjumpa dengannya di Parlimen berhubung perkara itu.

Menurutnya lagi, Azalina bertanyakan sama ada mempunyai kelapangan untuk menerangkan isu 1MDB kepadanya kerana beliau “sangat bimbang”.

“Saya tidak pernah sambut permintaan itu. Lepas itu terus beliau dilantik menteri.

“Sejak itu 1MDB bau harum dan segar di mata beliau berdasarkan tindak-tanduk beliau selepas menjadi menteri,” tulis Rafizi.

Terdahulu, Azalina menyelar tindakan Rafizi Ramli yang mendakwa kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar Sabtu lalu akibat dua ‘penyakit’ rakyat iaitu sentimen perkauman atau keagamaan, dan kebendaan.

Sepanjang kempen pilihan raya, pembangkang membawa isu 1MDB untuk menarik sokongan rakyat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Rafizi terdesak dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sehingga sanggup menyalahkan pengundi,” kata Azalina lapor Umno Online.

Menyentuh isu peralihan sokongan pengundi, Rafizi mengulangi pendirian bahawa PKR dan Pakatan Harapan perlu memahami punca pengundi kembali menyokong BN.

Beliau bertegas bahawa peralihan sokongan itu berpunca daripada dua ‘penyakit’ yang dinyatakan sebelum ini.

Namun dalam laporan FMT sebelum ini, tinjauan mendapati pengundi lebih cenderung kepada isu sara hidup dan setempat, manakala penganalisis politik pula menuding pada pertarungan tiga penjuru sebagai penyumbang utama kemenangan BN.

- FMT




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP