Wednesday 8 June 2016

“BAPA SAYA PASTI RESTU JIKA PAS BERSAMA UMNO” – NIK ABDUH NIK AZIZ



Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Aziz memuji perubahan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional serta pemimpin UMNO kini yang disifatkan beliau sebagai tenang dan harmoni.

Beliau yang juga anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, bapanya pasti merestui kerjasama antara PAS dan UMNO disebabkan parti Melayu dalam BN itu kini mengamalkan poltik aman.

“Bapa saya pernah berkata, jangan terima UMNO atau cara mereka, tetapi itu bukan apa yang kita beritahu mereka sekarang. Sebaliknya kita menjelaskan kepada mereka perjuangan kita sejak 1951.

“Kita beritahu mereka untuk lawan kita dalam politik secara aman dan biar rakyat pilih sendiri yang mana terbaik untuk mereka,” kata Nik Abduh.

Tambah beliau, perubahan strategi UMNO dan BN kini akan meningkatkan lagi sokongan pengundi kepada mereka terutama pengundi muda.

“Kita harus mengerti bahawa pemuda hari ini hanya boleh dimenangi dengan perdebatan yang bagus dan kebenaran. Tiada pembohongan. Mereka mahukan pemimpin yang berintegriti,” kata beliau.

Berbanding Parti Amanah Negara (Amanah) kata Nik Abduh, ada dari kalangan parti dari Pakatan Harapan itu menggunakan nama bapanya untuk mendapatkan sokongan.

“Dia (Nik Aziz) meruapakan bapa kepada semua, bukan sahaja kepada adik beradik dan saya tetapi berhati-hati dan jangan cakap perkara yang beliau tidak pernah lakukan sewaktu beliau masih hidup, jika tidak anda akan berdosa besar,” katanya lagi.

Sumber - Sini






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP