Monday 6 June 2016

Ceramah PAS Di Kuala Kangsar Tiada Sambutan



Ceramah Perdana PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti itu malam semalam dilaporkan kurang mendapat sambutan.

Menurut portal Berita Harian Online, ceramah yang berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di Kuala Kangsar yang adalah ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200 hadirin termasuk penyokong parti.

Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta naib presidennya, Ahmad Idris serta calon parti itu, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Portal itu melaporkan Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam semalam bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat.

"Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP