Saturday 11 June 2016

Chegubard Gelabah, ‘Ratu Naga’ Muncul Di Sidang Akhbar Cabar Buat Sumpah Laknat



Dakwaan Deklarasi Rakyat dicemari pembohongan semakin kusut apabila Syarul Ema Rena Abdul Samah atau yang dikenali sebagai 'Ratu Naga' hari ini membuat kejutan dengan hadir ke sidang media anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Tindakan ‘Ratu Naga’ itu adalah bagi mencabar pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman untuk membuat sumpah laknat bagi menyatakan segala dakwaannya di dalam akuan sumpah yang dibuatnya sebelum ini adalah benar.


"Saya datang sebab nama yang selalu kena sebut dekat berita hari-hari.

"Kalau saya kenal orang yang sebut nama saya tidak apa tapi (dia) tak ada kaitan langsung dengan benda ni semua.

"Kalau tengok di 'wall Facebook' saya, saya tidak campur dengan Deklarasi Rakyat kerana saya sedang sarat mengandung," katanya ketika ditemui pemberita di sidang media yang dianjurkan oleh SAMM itu.

Ratu Naga yang sedang mengandung enam bulan itu juga sempat mengajukan beberapa soalan kepada Azharuddin tetapi pengatur cara komputer bebas itu memilih untuk berdiam diri.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham kemudiannya mencelah dan berdialog dengan Ratu Naga sebelum beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard menghentikan sidang media berkenaan secara tegesa-gesa.

Ratu Naga: Betulkah, Azharuddin kenal Ratu Naga?

Chegubard: Saya rasa kita dah jelaskan dan kamu sendiri boleh proceed (laporan polis).

Ratu Naga: Boleh tak saya minta Azharuddin sendiri jawab? Sebab dia yang ikut Chegubard. Kalau dia datang ke Chegubard jadi boleh tak (beri) dia jawab?


Ratu Naga: Nak tanya boleh?

Chegubard: Dia pasukan Azharuddin datang jumpa saya dan saya dah nyatakan dengan jelas. Dan kalau kamu tak berpuas hati kamu boleh buat laporan polis. Sebab kenyataan bersumpah ini terikat dengan undang-undang.

Ratu Naga: SD siapa-siapa pun boleh buat. Kalau nak cerita pasal undang-undang, saya pun kena dakwa atas akta sakit hati.

Macam Chegubard dulu dedahkan mengenai cincin Rosmah kan? Kalau nak cerita pasal undang-undang, 1MDB di depan mata pun tak boleh cerita apa-apa. Jadi saya tak nak cerita pasal undang-undang.

Saya nak tanya Azharuddin, boleh tak bersumpah laknat atas nama ibu bapa awak, atau bini, anak awak, yang awak kenal saya dan pasal databaseini. Itu saja.

Chegubard: Game sumpah ini semenjak daripada Najib bawa Saiful lagi. Minta maaf, kita tak layan.

Ratu Naga: Saya datang sebab hari itu saya jemput Chegubard dan Azharuddin. Saya jemput baik baik.

Chegubard: Isu sumpah inigame Umno BN yang mencabar kita.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP