Thursday, 30 June 2016

DAP Kafir Harbi: Jemaah Menteri Bela Mufti Pahang



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Jemaah menteri berpandangan bahawa kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi' adalah sekadar satu pandangan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, kenyataan sebenar Mufti Pahang itu bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang ditentukan.

“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan berkenaan dengan menggunakan istilah 'diperangi,'” kata Pejabat Perdana Menteri.

Abdul Rahman dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kala­ngan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Pejabat Perdana Menteri seterusnya berkata dalam konteks agama Islam, istilah kafir harbi merujuk kepada golongan bukan Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam dan kesediaan memerangi pihak yang memerintah.

“Dalam konteks ini, rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi undang-undang negara dan tidak memerangi pemerintah.

“Justeru, kerajaan menegaskan bahawa pandangan mengenai istilah kafir harbi oleh mana-mana pihak perlu diteliti dengan sewajarnya agar tidak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat bukan Islam," kata Pejabat Perdana Menteri.

Ia menarik perhatian bahawa telah dibuktikan bahawa sejak merdeka, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman politik telah dapat hidup dalam keadaan aman damai berdasarkan lunas-lunas demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

“Dari segi sejarah, masyarakat bukan Islam juga dapat hidup dengan harmoni di zaman pemerintahan Rasulullah SAW,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan berharap kenyataannya itu akan dapat menyelesaikan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terutama bukan Islam lebih-lebih lagi dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara bertepatan dengan prinsip-prinsip maqasid syariah. — Bernama




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

mansor 30 June 2016 at 18:54  

Kalau itu pandangannya maka mufti ini wajib didakwa dibawah akta hasutan ...setuju hai mentwri kerajaan.

"Nukilan - Aku Prihatin" 1 July 2016 at 16:26  

Setuju tu bro. Nama saja mufti tapi tak berhati-hati bila mengeluarkan pandangan & kenyataan. Jika nak berpolitik baik letak jawatan saja dan join UMNO tu. akhlak dangkal.

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP