Friday 10 June 2016

Dibunuh Kerana Cara Tunggang Motorsikal Menyakitkan Hati



Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah pada awal pagi 16 Mei lepas di Hatyai dipercayai berpunca dari perasaan tidak puashati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla Kol Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, tidak berpuashati cara tunggangan Mohd Nizam dan bertindak menembaknya.

"Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaikinya bersama rakan, yang menyebabkannya rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu telah bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, Warawut berasal dari Hatyai merupakan penjual alat binaan ditahan dalam sebuah van disewanya di Jalan Tak-Lampan ketika cuba melarikan diri daripada buruan pihak polis.

Pada 16 Mei lepas, Mohd Nizam yang berasal daripada Pulau Pinang ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal seorang diri ke sebuah hotel di Hatyai kira-kira 3.30 pagi.

Sejurus selepas ditahan, Warawut menurut Chaiwat telah dibawa ke Haytai untuk soal siasat.

Beliau berkata, dalam proses siasatan polis telah bertindak menemu bual beberapa saksi serta melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dapat menahan Warawut.

Chaiwat juga berkata, pihak polis sedang memburu rakan Warawut yang menunggang motosikal bersamanya.

-- BERNAMA




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP