Friday, 17 June 2016

Dr M Salahkan Najib Batal Kemunculannya Dalam Komedi Harith



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Datuk Seri Najib Razak berikutan  pembatalan kemunculannya dalam rancangan komedi Harith Iskander esok.

"Saya akan bersamanya (Harith) atas pentas untuk bertukar-tukar fikiran berkenaan benda-benda yang menggelikan hati. Itulah tujuan Harith, itu tujuan dia sebab dia pelawak bukan ahli politik.

"Tapi tiba-tiba dia diarah untuk hentikan program ini. Ini cara Najib," dedah Mahathir dalam ucapannya di Sungai Besar hari ini.

Harith kini mengacarakan rancangan komedi di Astro Awani, bertajuk 'Obviously Harith Iskander' yang disiarkan pada jam 9.30 malam setiap Sabtu.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP