Sunday 5 June 2016

Dr M: Saya Akan Bantu Kempen PRK Asalkan BN Kalah



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan turun berkempen membantu calon pembangkang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk mengalahkan BN.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya akan membantu calon PRK yang menyokong Deklarasi Rakyat.

“Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan PAS, bukan AMANAH dan bukan UMNO.

“Ini kerana UMNO bukan lagi parti UMNO, Bukan lagi parti Melayu. Yang ada hanyalah parti Najib.

“Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya tidak terlibat,” katanya pada sidang media selepas Majlis pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro hari ini.

Bagaimanapun kehadiran beliau untuk berkempen di kedua-dua PRK itu nanti bergantung pada keadaan kesihatannya.

“Saya akan pergi kempen PRK sekiranya saya tidak ‘batuk’ (dalam keadaan sihat),” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS dan AMANAH serta seorang calon Bebas.

BN yang diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid akan menentang calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (AMANAH) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, AMANAH dan PAS selepas SPR menerima tiga borang pencalonan.

Dalam PRK itu, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP