Monday 13 June 2016

Hadi Jual Agama Di PRK Sungai Besar

Berdosa dan celaka jika pilih wakil rakyat salah, kata Hadi



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini.

Katanya, memilih wakil rakyat adalah satu tanggungjawab.

“Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita,” katanya pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam.

PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga.

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi, dan calon AMANAH Azhar Shukur.

Hadi berkata calon-calon PAS, termasuk Dr Rani adalah jujur serta bertanggungjawab kerana telah melafazkan sumpah bai'ah bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari prinsip-prinsip parti Islam itu.

“Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah

“Sebab itu wakil PAS tak makan dedak walaupun orang tabur dedak,” katanya, merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata bahawa beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi “apa yang dia nampak ialah dedak."

Menurut Hadi, sumpah bai’ah itu adalah mengapa wakil PAS tidak pernah terbabit dalam mana-mana skandal rasuah, termasuk yang melibatkan banglo.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, bidasan itu mungkin ditujukan kepada bekas sekutu PAS yang kini bertukar menjadi musuhnya, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang kini disiasat atas tuduhan rasuah kerana membeli banglo di bawah harga pasaran.

Hadi juga mungkin merujuk kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo, yang baru-baru dibebaskan daripada tahanan rumah selepas menjalani hukuman penjara kerana skandal rasuah dalam pembelian banglonya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP