Sunday, 12 June 2016

Menteri Tidur, Sewa Tapak Bazar Ramadan Cecah RM39 Ribu



PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya pandai bercakap sebaliknya gagal turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga.

Bidasan itu dibuat Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah selepas mendakwa peniaga bazar Ramadan dikenakan caj sewa tapak niaga yang terlalu tinggi, mencecah RM39 ribu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Sebaliknya pihak KPDNKK menyalahkan pihak peniaga apabila harga makanan dinaikkan bagi menampung kos tapak yang terlalu tinggi itu.

“Menteri sepatutnya turun padang dan menyelesaikan masalah peniaga kerana bazar Ramadan di bawah seliaan KPDNKK. Mereka dikenakan caj sewaan tapak dari RM10 ribu hingga RM39 ribu.

“KPDNKK juga tidak seharusnya menyalahkan peniaga semata-mata apabila mengenakan harga makanan mahal. KPDNKK hanya tahu salahkan peniaga, mereka tidak tahu masalah ini berpunca daripada pihak lain, sepatutnya mereka berunding dengan pihak PBT yang mengenakan sewa yang tinggi,” katanya kepada FMT.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Hamzah selaku menteri yang bertanggungjawab kena perbanyakkan aktiviti turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi peniaga.

“Kami harap menteri ini jangan menggunakan teori (pandai bercakap), sebaliknya kena praktikal (turun padang), kalau cara menteri nak selesaikan masalah rakyat pun tak betul kesannya adalah kepada kerajaan, kerana rakyat akan mula hilang sokongan terhadap pemerintah (BN),” katanya.

-FMT



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP