Wednesday 15 June 2016

Misteri Papan Penghadang Masjid Di Melaka Bergerak Sendiri Timbulkan Tanda Tanya



Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penghadang itu seperti digerakkan sesuatu. - Gambar CCTV Masid Baru Tedong


MELAKA: Pengerusi Lembaga Masjid Baru Tedong di Serkam, Melaka mempelawa mana-mana pakar makhluk halus untuk mengkaji kesahihan insiden pelik yang berlaku di masjid itu baru-baru ini.

Datuk Akhbar Ali berkata, insiden dua papan penghadang bergerak dengan sendiri itu berlaku pada 28 Mei lalu sekitar jam 3.20 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penghadang itu seperti digerakkan sesuatu.

“Pihak Lembaga Masjid Tedong bersedia berkongsi rakaman di dalam CCTV kami kalau ia boleh dikaji. Untuk mengkaji lebih mendalam apa sebenarnya yang berlaku.

“Jika ada pihak yang berminat sedia menghubungi kami untuk kita berkongsi hasil kajian itu berkongsilah pula dengan masyarakat. Supaya kita sedia memahami. Pihak yang kita izinkan pihak yang berkuasa supaya hasil kajian itu tadi ada,” katanya.

Tambahnya, netizen turut memberi pelbagai pandangan mengenai apa yang berlaku antaranya atas faktor angin.

Namun katanya, pada malam kejadian angin tidak terlalu kuat dan peghadang berkenaan agak berat.

Bagaimanapun beliau berharap apa yang berlaku tidak menimbulkan kontroversi negatif selepas rakaman kejadian berkenaan mula viral di media sosial.

Masjid Baru Tedong mula digunakan pada awal April.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP