Friday 24 June 2016

Mufti Pahang: DAP Kafir Harbi




Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata belau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

"Secara umum begitu (DAP kafir harbi), (tetapi) bukan DAP sahaja. Sesiapa sahaja...

“Istilahnya menentang, kalau tak menentang bukanlah (kafir harbi)," katanya ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia yang memetiknya hari ini.

Diminta mengesahkan sekali lagi, beliau (gambar) berkata:

"Selagi mana dia (DAP) menentang, begitulah," katanya ringkas ketika dihubungiMalaysiakini.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.

Memetik Abdul Rahman,Utusan melaporkannya berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman turut dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pandangan itu ditolak seorang sarjana Dr Maszlee Malik yang berpendapat ia boleh mengundang pertumpahan darah, membuka pintu keganasan dan menyokong wacana pengganas IS.

Katanya, dalam Islam, istilah kafir harbi memberi kesan besar kerana ia membolehkan seseorang itu dibunuh.

- mkini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP