Wednesday 8 June 2016

Nawawi Pertahan Kenyataan Gaji Beliau Tak Guna Duit Rakyat



Walaupun dikritik berhubung kenyataan kontroversi di Facebook, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mempertahankan kenyataan bahawa kerajaan yang membayar gaji ahli parlimen dan bukan rakyat.

"(Saya) tak akan tarik balik malah akan lawan," katanya yang membalas komen di Facebook meminta beliau menarik balik kenyataan itu.

Nawawi berkata beliau tidak akan menarik balik pendapatnya, apatah lagi kerana ia adalah satu hujah peribadi antara beliau dan lain di Facebook.

"Nak tarik buat apa kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat, saya hanya komen berhujah dengan rakan FB.

"Yang depa (mereka) jahat pi (pergi) copy and pastepergaduhan kami berdua untuk sebaran umum tanpa kelulusan tu buat apa. Depa yang sepatutnya tarik balik kenyataan tu dari media," katanya dalam komen berasingan.

Namun sama ada komen beliau untuk tatapan umum atau sebaliknya, Ahli Parlimen Langkawi itu berhujah di laman Facebook yang boleh diakses orang awam mengatakan kerajaan secara teknikal membayar gaji kepadanya kerana wang itu datang daripada akaun kerajaan.

"Hakikat itu siapa pun tak nafikan bahawa kerajaan mendapat sebahagian sumbernya dari cukai rakyat. Tapi cukai bukan bagi free tapi wajib bagi demi untuk mendapat perkhidmatan dari kerajaan seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain.

"Maka cukai dianggap sebagai bayaran kepada kerajaan untuk mendapat perkhidmatan. Tetapi apabila cukai dibayar oleh rakyat dan masuk ke akaun kerajaan, duit itu bukan lagi duit rakyat tapi dah menjadi duit kerajaan.

"Maka gaji pegawai kerajaan termasuk gaji wakil rakyat dibayar dari akaun kerajaan ini dan bukan dari akaun rakyat," tegas beliau.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP