Wednesday, 15 June 2016

Pegawai Khas Rosmah Hadir Sidang Media Rafizi



Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor tiba di Kuala Kangsar sebentar tadi dari Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang akhbar oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk membuat pendedahan berterusan penggunaan jet peribadi kerajaan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Rizal memberitahuMalaysiakini bahawa kehadirannya sekadar mengambil nota supaya boleh menyediakan jawapan berhubungtuduhan Rafizi itu.

"Saya nak dengar sendiri apa dia kata kerana sebelum ini semuanya berdasarkan laporan media,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, Rafizi masih belum tiba di ibu pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Kangsar, tempat sidang media itu dijadualkan berlangsung.

Sambil menunggu, Rizal berkata beliau berharap Rafizi akan menjemputnya menyertai sidang media itu kemudian.

Semalam, Rafizi mengumumkan satu ceramah khas akan diadakan bagi mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai penggunaan jet mewah oleh Rosmah dalam perjalanan ke ke Istanbul, Turki.

Beliau juga berkata jentera pilihan raya PKR akan turut melancarkan satu replikasi jet mewah yang akan menjadi daya tarikan utama dalam pilihan raya kecil berkenaan.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP