Wednesday 22 June 2016

Pelancong Cedera Diserang 50 Pemandu Teksi Di KL Sentral



Kuala Lumpur, 22 Jun: Seorang pelancong wanita cedera selepas lebih 50 pemandu teksi menyerang kereta Uber yang dinaiki olehnya dalam kejadian di KL Sentral kelmarin.

Laporan dari China Press menyebut, dalam kejadian yang berlaku pagi Isnin itu, pasangan kekasih dari Iran itu baru sahaja tiba di Malaysia dan menggunakan perkhidmatan Uber.

Difahamkan, lebih 50 pemandu yang 'bersembunyi' di KL Sentral bertindak menyerang pasangan terbabit sebaik mereka memasuki kereta Uber tersebut.

Pasangan dan pemandu Uber itu ditarik keluar dari kereta sebelum kumpulan suspek itu dikatakan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta.

Laporan menyebut, pelancong wanita itu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat manakala pemandu Uber itu pula membuat laporan di balai polis.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu sebagai berkata, kes itu yang dikategorikan sebagai jenayah telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk disiasat.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP