Wednesday, 29 June 2016

Pengebom Berani Mati Serang Lapangan Terbang, 28 Terbunuh


Tiga pengebom berani mati melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul pada hari Selasa, membunuh 28 orang dan mencederakan puluhan orang lagi, kata gabenor wilayah dan para saksi.

Polis melepaskan tembakan untuk cuba menghalang dua daripada penyerang itu sebelum mereka sampai ke pusat pemeriksaan keselamatan di balai ketibaan di lapangan terbang Ataturk yang ketiga paling sibuk di Eropah, tetapi mereka meletupkan diri mereka, kata seorang pegawai Turki kedua.

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin memberitahu pemberita bahawa 28 orang terbunuh dan kira-kira 60 cedera. Beberapa saksi melaporkan dua letupan tetapi Sahin berkata pihak berkuasa percaya mungkin ada tiga pengebom berani mati.

Seorang pegawai Turki berkata sebahagian besar daripada mereka yang terbunuh adalah warga Turki, tetapi orang asing juga antara yang maut.

"Berlaku satu letupan yang sangat kuat. Bumbung runtuh... kerosakan adalah besar," kata Ali Tekin, yang berada di balai ketibaan menunggu seorang tetamu apabila serangan itu berlaku.

Seorang wanita warga Jerman bernama Duygu, yang berada di kawalan pasport memasuki Turki, berkata dia terus berbaring ke lantai apabila bunyi letupan. Beberapa saksi juga melaporkan tembakan kedengaran sejurus sebelum serangan.

"Semua orang bertempiaran lari. Darah dan anggota badan manusia di mana-mana. Saya nampak lubang peluru pada pintu," katanya di luar lapangan terbang itu.

Belum ada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbaru dalam rentetan serangan berani mati di Turki pada tahun ini, tetapi agensi berita Dogan, dengan memetik sumber polis, melaporkan tanda-tanda awal menunjukkan Negara Islam (IS) mungkin bertanggungjawab.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP