Friday, 3 June 2016

Polis Tanya 37 Soalan Kepada Mahathir Dalam Masa 30 Minit



Polis dikatakan mengemukakan 37 soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kebanyakannya berkaitan Deklarasi Rakyat bagi menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu didedahkan oleh peguam Mahathir, Ahmad Bazlan Che Kasim kepada pemberita di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir disiasat susulan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong mungkin berada dalam “tahanan rumah”, selepas gagal mendapat perkenan mengadap bagi mengemukakan deklarasi yang ditandatangani lebih 1.2 juta orang.

Bazlan berkata, percakapan Mahathir dirakam bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan fitnah dirakam.

Ia dirakam pada jam 3.20 petang dan berakhir kira-kira 30 minit ketika itu.

“Dia respon (semua soalan),” katanya.

Mahathir meninggalkan tempat itu dengan sebuah kereta Jaguar berwarna perak sambil melambai kepada pemberita tanpa berhenti menjawab soalan.

Sementara itu, sumber polis memberitahu Malaysiakini, Mahathir mengelak menjawab kebanyakan soalan dan berkata perkara itu haknya di sisi undang-undang.

Ini kali ketiga Mahathir disiasat polis selepas melancarkan kempen menurunkan Najib.

Laporan terhadap Mahathir dibuat oleh anggota sebuah lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, antaranya atas alasan mengancam keselamatan negara.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

xairlinepilot 4 June 2016 at 21:03  

Si tengku Aziz dah tua nyanyuk. Dulu bantai government masa dlm DAP. Dah nak mampos baru terketar nk cari hasil dedak.

Adakah TDM fitnah?

Mcmna si penipu dan perompak wang 1MDB? Knp polis x siasat walhal sudah buat byk lapuran?

K BAB1 mana? Bisu? Baru blk italy krrja kepala hanggok kau

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP