Sunday, 12 June 2016

PRK Kuala Kangsar: Harussani 'Izinkan' Mastura Keluar Mengundi

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter Mei lepas. - Gambar fail


KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid boleh  melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun beliau  berkata calon Barisan Nasional itu perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.

"Mastura boleh keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mastura, 55, dalam sidang media di kediamannya hari ini berkata beliau akan merujuk kepada pakar agama sebelum memutuskan untuk hadir atau tidak ke pusat pengundian di SK Raja Perempuan Muzwin pada hari pengundian PRK itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

- astroawani




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Rosmah Badak 12 June 2016 at 19:28  

Harussani ni dia fikir dia than ka apa, senang2 bg fatwa kepala kotak bapak dia

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP