Tuesday 21 June 2016

Selepas Zuhdi, Giliran Nik Amar Pula Meroyan



KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mampu bertanding secara bersendirian atau satu lawan satu dengan mana-mana parti jika tidak mendapat sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata kini terbukti Amanah tidak mampu menjadi pengganti Pas dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini kerana tidak mampu meraih sokongan pengundi tanpa bantuan parti-parti berkenaan.

"Pada pandangan saya ialah kegagalan Amanah berperanan sebagai parti ganti kepada PAS. Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar Amanah.

"Dan saya percaya kalau Amanah bertanding secara bersendirian macam kita Pas kemungkinan besar mereka akan hilang deposit, itu pandangan sayalah," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.

BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan calonnya Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.

Mastura meraih 12,653 undi dalam pertandingan empat penjuru, menewaskan Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Budiman pula memperoleh 16,800 undi dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur (7,609 undi) dan Dr Abdul Rani Osman daripada Pas yang juga Adun Meru (6,902 undi).

Mohd Amar berkata Amanah mendapat undi yang tinggi melebihi Pas di Parlimen Sungai Besar kerana undi masyarakat Cina yang menyokong DAP di kawasan berkenaan.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, Amanah masih gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

"Jadi dari sudut ini kita nampak Amanah tidak dapat menggugat Pas sebab undi Pas ini tidak berubah, itu yang penting," katanya. – Bernama




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP