Monday 6 June 2016

Siasatan Kematian Menantu TPM Siap Minggu Ini, Kata Polis



KUALA LUMPUR, 6 Jun — Siasatan lengkap punca kematian menantu timbalan perdana menteri Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi dijangka siap minggu ini, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata laporan kematian mengejut menantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Kita sudah memanggil beberapa individu sejak Jumaat lalu dalam usaha mengumpulkan maklumat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan pada masa ini dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian kerana kecuaian,” kata SAC Rusdi Mohd Isa kepada Berita Harian.

Siasatan polis tidak sama dengan proses siasatan dan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tambahnya.

“Siasatan yang kami lakukan adalah mengikut Kanun Keseksaan manakala siasatan oleh KKM adalah berdasarkan Akta Perubatan dan Pergigian,” beliau dipetik berkata.

Polis minggu lalu mengambil keterangan dan merakamkan percakapan beberapa individu dan kakitangan klinik pergigian swasta di Bangsar di sini yang terlibat.

Dalam kenyataan, klinik itu menjelaskan ubat bius untuk pembedahan kecil Syed Alman diberikan “bawah pengawasan pengamal perubatan terlatih”.

Petang Rabu lalu, Syed Alman Zain tidak sedarkan ketika mendapatkan rawatan gigi sebelum disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Polis setakat ini mengkelaskan kes suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai kematian mengejut.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP