Thursday, 30 June 2016

TERKINI: Guan Eng Tiba Di Mahkamah, Diringi Pegawai Polis Dan SPRM



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Beliau juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglo tersebut kepada Lim, juga akan didakwa di
Mahkamah Sesyen George Town.

Malaysiakini membuat liputan LANGSUNG.

10.18am: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memasuki dewan mahkamah. Penyokong Guan Eng mengeboo dan melaungkan "Bebas Guan Eng, tangkap Najib" boleh didengar di luar.

Apandi mengambil tempat beliau dengan pasukan pendakwaan dan dilihat berbual dengan peguam Guan Eng, Gobind Singh.

Pemimpin utama PKR negeri turut berada di mahkamah. Ia termasuk Timbalan Ketua Menteri I Rashid Hasnon, Exco mengenai hal ehwal agama Abdul Malik Kassim dan Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman.

10.04am: Guan Eng memeluk ibunya dan isterinya Betty. Beliau bersalaman dengan bapanya, Kit Siang.

Guan Eng tersenyum dan memberitahu wartawan, "Saya baik-baik saja", dan dilihat berbincang dengan peguam dan Gobind Singh.

10am: Guan Eng dibawa masuk ke dalam mahkamah.

9.45am: Lim Kit Siang tiba bersama keluarga. mereka memasuki dewan mahkamah.

Phang diwakili peguam K Kumaraendran dan Devkumar Kumarendran.

Hakim Mahkamah Sesyen Roslan Hamid mendengar kes itu.

9am: Mahkamah penuh sesak. Tempat duduk dipenuh petugas media dan beberapa pegawai Cawangan Khas.

Pasukan peguam Guan Eng termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer.

Isteri Karpal Singh, Gurmit, turut hadir di mahkamah. Begitu juga bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Guan Eng dan Phang Li Khoon dijangka didakwa di mahkamah pada pukul 10 pagi.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

pendita muda 1 July 2016 at 10:28  

Sekadar satu mainan berteraskan Politik dan gila Kuasa,.Guan Eng diharapkan ke Mahkamah belum lagi ber salah sehingga dibuktikan bersalah daripada para Hakim yg bijak sana yg taat atas kebesaran Allah Swt dan Rasulnya, dalam menjalani tugas tanpa ragu, bimbang, tekanan Malah hendaklah seAdil adil nya,.,.namun bagimana PM, dah terang lagi bersuloh, kenapa senyap dimana undang2 Dan keadilanya ????

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP