Sunday 5 June 2016

TERKINI: MB Kedah Pengsan Dan Dikejarkan Ke Hospital



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dlaporkan pengsan ketika menghadiri mesyuarat hari ini dan dikejarkan ke hospital.

Ahmad Bashah dikatakan menyertai mesyuarat bagi mempersiapkan jentera Umno membantu kempen BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

Esok adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar di Selangor.

Pasukan petugas itu dikatakan berlepas pada malam ini.

Portam mStar Onlinemelaporkan Ahmad Bashah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Kedah (KMC).

"Beliau tiba di KMC kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora pada pukul 7 petang," kata sumber.

Kedua-dua pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 18 Jun ini.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP