Tuesday 7 June 2016

Tindakan BN Ugut Pengundi Memalukan Dan Terdesak



SUNGAI BESAR: Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang mengugut pengundi di Sungai Besar agar memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan Nancy sebagai terdesak dan memalukan.

“Adakah mereka sudah begitu tertekan sehingga tidak ada cara lain selain mengugut pengundi di Sungai Besar.

“Saya rasa itu amat memalukan jika Nancy mengeluarkan kenyataan sedemikian mengugut rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat AMANAH Sungai Besar hari ini.

Ujarnya, BN harus menghormati pilihan rakyat dan sesiapa yang dipilih kelak haruslah diberi layanan setara.

“Sebenarnya siapa sahaja yang dipilih rakyat perlu dihormati dan diterima oleh kerajaan BN dan tindakan mengugut sebegitu rupa amat memalukan,” katanya lagi.

Nancy hari ini dilaporkan sebagai berkata, pengundi di Sungai Besar perlu memilih calon BN jika mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan persekutuan.

Menurutnya, jika wakil pembangkang yang dipilih, bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan tiba lambat.

“Kalau beliau (Budiman) tidak dipilih, kadang-kadang bantuan agak lambat kalau bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasa kalau bersama dalam kerajaan ini mudah membantu memberi perkhidmatan kepada orang.

“Jadi saya mengharapkan pengundi di Sungai Besar mengambil peluang ini memberi peluang kepada beliau sebagai ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita di SMK Sungai Besar, hari ini.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP