Sunday 5 June 2016

Tun M Sindir Keris PAS Lebih Panjang Daripada UMNO



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS kini sebuah parti yang lebih nasionalis daripada UMNO.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menyindir parti Islam itu susulan pemimpinnya menggunakan keris, lebih panjang berbanding yang pernah digunakan UMNO pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-62 Khamis lalu.

Katanya, PAS sebelum ini pernah mengkritik UMNO apabila parti itu menggunakan keris dan memakai busana baju Melayu menjelang perhimpunan agung UMNO setiap tahun.

Namun Mahathir berkata perbuatan itu nampaknya kini terbalik dan meresap ke dalam jiwa pemimpin PAS pula.

“Sebelum ini mereka kritik UMNO sebagai nasionalis. Sekarang mereka lebih nasionalis kerana keris mereka lebih panjang daripada UMNO.

“Kita ukur nasionalis berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka sudah sedar mereka orang Melayu,” sindir Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling menjadi tumpuan kerana memotong pulut besar dengan keris panjang semasa majlis perasmian muktamar Khamis lepas, sehingga mendapat kritikan banyak pihak termasuk musuh politik mereka.

Pada masa sama Mahathir turut menafikan kononnya beliau terkejut dengan buku merwarna yang memaparkan wajahnya karya aktivis Fahmi Reza.

Katanya, apa yang dilakukan Fahmi itu terhadap beliau tidaklah seteruk gambar badut mirip Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Suka hati la dia (Fahmi) nak buat apa, saya dah 22 tahun jadi PM.

“Mereka (Fahmi) boleh buat apa yang mereka suka. Tengok Najib teruk lagi (merujuk kepada gambar muka badut yang dilukis Fahmi),” katanya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP