Saturday, 11 June 2016

Tun Mahathir Ziarah Ayah Calon Amanah Di PRK Sg Besar

Datuk Shukur turut mendoakan kejayaan anakandanya Ustaz Azhar di PRK Sunngai Besar


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi ayah kepada calon Amanah Sungai Besar, Datuk Abdul Shukur yang juga bekas Exco kerajaan negeri Selangor.

Turut serta adalah isteri bekas perdana menteri paling lama mrmerintah itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kedua-dua mereka diiringi oleh calon Amanah, Azhar Ab Shukur.

Dr Mahathir mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.

Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP