Saturday 25 June 2016

UMNO Pagoh Kecewa Muhyiddin Dipecat



UMNO Bahagian Pagoh tidak terkejut dengan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun kecewa ia dilakukan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, berikutan keputusan itu UMNO Bahagian Pagoh mengadakan mesyuarat khas, Ahad ini, bagi membincangkan tindakan MT itu.

"Ketika ini UMNO Bahagian Pagoh amat lemah, tidak mustahil pihak yang lebih kuat boleh melakukan apa saja.

"Saya yakin mesti ada hikmah di sebalik kejadian ini terutama ketika bulan Ramadan.

"Buat masa ini, kita perlu terus bersatu bagi membantu golongan yang memerlukan namun pada masa sama akan memikirkan apa yang akan dilakukan selepas ini," katanya ketika diminta mengulas keputusan MT UMNO yang sebulat suara memecat Muhyiddin hari hari ini.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sehingga mesyuarat khas diadakan.

Mesyuarat MT UMNO hari ini sebulat suara bersetuju memecat Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas kesalahan disiplin.

Selain Muhyiddin dan Mukkhriz, MT UMNO juga memutuskan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan mereka berkaitan pelanggaran disiplinnya.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP