Tuesday 21 June 2016

Wang Tebusan RM12Juta: Siasat Segera Bekas Komando



PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch menggesa polis supaya menyiasat bekas komando mereka, Halim Ishak, yang sebelum ini dilaporkan sebagai orang penting dalam usaha pembebasan warga Sarawak yang menjadi tebusan Abu Sayyaf.

Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam laporan polis yang dibuatnya hari ini berkata ada kemungkinan Halim Ishak, dan Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) yang dipengerusikannya, punyai kaitan dengan RM12 juta yang dikumpul oleh ahli keluarga mangsa.

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan Halim Ishak, seorang bekas komando VAT69 telah memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan empat kelasi itu.

“Satu pasukan khas harus ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini agar ianya dapat membersihkan nama baik kewibawaan Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar daripada tuduhan,” kata Sanjeevan dalam laporannya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara hari ini berkata tidak ada keperluan bagi polis menjalankan inkuiri mengenai dakwaan pembayaran wang tebusan itu.

“Buat apa mahu inkuiri kerana kami tidak terlibat. Kami tahu ke mana wang itu pergi,” kata Khalid di satu sidang media di Bukit Aman.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata wang itu telah disalurkan kepada badan-badan kebajikan tertentu di Filipina, selepas pihak keluarga memberitahu media mereka telah menyerahkan wang kepada Cawangan Khas (SB) sebagai wang membebaskan tebusan.

Khalid menafikan SB terlibat dalam sebarang pembayaran wang tebusan, dan berkata ada kemungkinan wang itu telah diberikan kepada pihak ketiga yang menyakinkan pihak keluarga bahawa mereka daripada agensi perisikan itu.

Wong Teck Kang, 31; Wong Teck Chii, 29; Johnny Lau Hien, 21; dan Wong Hung Sing, 34 diculik pengganas Abu Sayyaf 1 April lalu dan dibebaskan pada 7 Jun.

- FMT



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP