Wednesday 1 June 2016

Wanita MCA Lega Ridhuan Tee Tinggalkan Parti Itu



Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie menyatakan rasa terkejutnya apabila mengetahui pendakwah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah pernah menjadi anggota seumur hidup parti itu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Heng lega susulan Ridhuan membuat keputusan keluar parti.

“Jika tidak, mempunyai sosok ekstrimis dan rasis seperti beliau boleh menjadi api dalam sekam... yang akan memalukan MCA, BN dan seluruh negara,” katanya.

Selepas membaca dakwaannya ketika keluar parti, Heng berkata Ridhuan tidak layak memakai identiti anggota MCA walaupun sudah menyertai parti itu 16 tahun lalu.

Katanya, Ridhuan tidak memahami visi dan misi MCA untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu dan komuniti lain bagi membangunkan negara ini sebagai “satu negara, satu kerajaan”.

Ridhuan kelmarin memberitahuMalaysiakini, beliau keluar MCA kerana membantah penentangan berterusan parti itu terhadap hudud dan enggan “menanggung dosa” kerananya.

Ridhuan juga dilaporkan menyifatkan MCA terlalu perkauman dan “menjadi musuh Islam".

Ketegangan dalam BN muncul kembali selepas kerajaan mengusulkan untuk mempercepat rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah bagi memberi lebih kuasa padanya.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP