Thursday, 21 July 2016

Amerika Mulakan Siasatan Ke Atas 1MDB

Riza, Jho Low antara nama dalam tindakan Jabatan Keadilan AS



Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan tindakan undang-undang, pada hari Rabu, bagi merampas berpuluh-puluh hartanah yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB) dengan lebih AS$3.5 bilion disalah gunakan daripada institusi berkenaan.

Tindakan undang-undang tersebut yang difailkan di Los Angeles bertujuan membuat rampasan aset yang 'terlibat dalam dan boleh dikesan berhubung konspirasi antarabangsa untuk menggubal wang haram disalah gunakan dari 1MDB'.

Tindakan undang-undang berkata, kesalahan yang didakwa berlaku itu dilakukan dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu termasuk para pegawai Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion daripada 1MDB.

Tiada satupun daripada tindakan undang-undang tersebut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, tindakan tersebut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai 'individu berkaitan' dalam kes itu. Mereka juga menamakan pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al- Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al- Husseiny.

- Reuters



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP