Thursday 7 July 2016

Dalam Sekampung Beraya 2 Hari Berbeza Di Satun, Selatan Thai



Suatu pagi yang cerah , aku melengung di tepi tingkap sambil menghirup kopi. Peristiwa ini berlaku 3 tahun yang lalu, masa tu aku baru beberapa bulan saja di Satun. Rumah pun sekerat bata dan sekerat plywood.

Biasanya musim begini selalunya hujan, tapi pagi ni , cuaca sangat cerah. Tiba tiba terdengar suara takbir raya sayup-sayup. Maklumlah rumah ku agak terpencir di pinggir kampung di tepi sungai.

Dengar pengumuman, hari raya Aidil Adha besok tapi mengapa mereka bertakbir. Aku bergegas memakai pakaian Melayu satu sut.

Aku kira, aku tersilap dengar pengumuman tv dan aku berjalan ke masjid.Masa tu kenderaanku hanyalah kaki.

Sampai di Masjid yang berdekatan rumah kira kira 1km, kelihatan ramai jemaah sedang bertakbir. Aku berwuduk dan menunaikat solat sunat masjid.

Selepas itu duduk dan sama-sama bertakbir. Selesai khutbah, aku dengan hensem berpakaian Melayu bersamping ke rumah mertua kira kira 500 meter.

Kelihatan mertuaku sekadar berkain pelikat dan bersinglet. Memberi salam terus bertanya, “ayah tak pi sembahyang raghya ka”.

Dia jawab, “esok baru raghya. Awat hang sembahyang dah ka?”.
Saya selamba menjawab “ha la”.

Dia kata, “tak pa la, esok sembayang sekali lagi”.

SALAH SATU MASJID DI KAMPUNG

SATU LAGI MASJID DI KAMPUNG, TAPI SEDANG DALAM PROSES PEMBESARAN.

Menurut mertua saya, masjid berkenaan selalu begitu. Membuat keputusan yang selalu membelakangi keputusan Majlis Agama Islam Thailand.

Nasib kami baik kerana Majlis Agama Islam Satun ak tahu dan tak berapa kisah. Kalau tidak, tidur lokap juga semalam.

Raya 2 kali sekampung adalah fenomena biasa di Satun atau Thailand. Ini kerana pihak masjid selalu membuat keputusan sendiri dan melanggar perintah kerajaan.

- Karlisa Latisya



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP