Sunday, 24 July 2016

Desak Najib 'Berehat' Bukan Urusan Saya, Kata Hadi



PAS tidak berhasrat untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat ekoran isu skandal 1MDB.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu undur atau sebaliknya apabila nama pemimpin negara itu dikaitkan dengan skandal berkenaan, lapor Sinar Harian.

"Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib 'berehat' juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun anggota parlimen Marang itu berkata, PAS tetap mahukan siasatan secara adil dalam kes melibatkan skandal 1MDB.

Malah, Abdul Hadi berkata, kerajaan perlu mengelak dan menutup ruang kepada pihak asing untuk campur tangan dalam siasatan berkenaan.

"Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.

"Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar," katanya.

Selain itu, beliau turut berkata, PAS konsisten dengan pendirian mahu mengambil alih kerajaan melalui demokrasi dan secara bermoral.

- mkini




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP